1.0 Pengenalan rampasan kuasa tentera
Rampasan kuasa tentera atau dikenali sebagai military coup d’etate dalam bahasa Inggeris. Rampasan kuasa sebenarnya adalah tidak sah di sisi undang-undang perlembagaan terutama dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Rampasan kuasa merupakan sesuatu tindakan yang cepat dan kuat di mana ia dilaksanakan oleh sesuatu pihak yang berkuasa dalam rangka pentadbiran negara biasanya pihak tentera negara tersebut dan mampu menumbang sesebuah kerajaan dan menubuh sesebuah kerajaan yang baru dengan apa cara sekalipun. Rampasan kuasa biasanya adalah mengejutkan dan berlaku secara mendadak dengan perancangan konsipasi yang rapi dan sempurna. Seperti yang didefinisikan oleh O’Kane(1987)
“A coup is the execution of an illegal strategy for overthrowing a government. The essence of that strategy is a strike at the heart of the Administration by the threat or use of violence by a conspiratorial group from within the State Apparatus. A coup is judged sucessful by the installation in power of a government of the conspirators’ own choosing.”(pg22)
Rampasan kuasa tentera adalah berbeza dengan revolusi yang melibatkan orang yang lebih ramai dan makan masa yang lebih panjang sebagai contoh setahun atau lebih. Revolusi juga akan membawa perubahan yang besar dalam system pemerintahan sesebuah negara. Rampasan kuasa, biasanya hanya melibatkan pihak yang tertentu sahaja, seperti yang dinayatakan oleh O’Kane “Coup d’etate are then unlike other cases of political instability in that they can be bloodless and need not mass involvement.” Matlamat utama rampasan kuasa adalah menumbangkan kerajaan, dalam masa yang singkat sebagai contoh sehari atau dua hari, tanpa melibatkan perubahan dasar sistem politik negara yang besar, serta tanpa melibatkan peperangan jika boleh tanpa keganasan tanpa melibatkan kekorbanan orang. Rampasan kuasa atau coup d’etat telah didefinisikan oleh Ferguson(1987)
“A coup d’etat, then, is simply a means of seizing power quickly and effectively within an exsting framework so that, once established, one can either operate within that framework or start slowly to alter it.” (pg13)
Langkah-langkah untuk melaksanakan satu rampasan kuasa yang berjaya sebenarnya adalah lebih kurang sama. Pihak ramapasan kuasa biasanya akan menguasai semua telekomunikasi di negara ini adalah penting untuk menahan berita rampasan kuasa tersebar kepada pihak berkuasa yang lain yang akan mengahalang rampasan kuasa tersebut. Kemudian, pihak rampasan kuasa akan menguasai semua kawasan yang mempunyai kepentingan strategi pertahanan untuk mengahalang sebarang serangan balas daripada pihak yang bertentangan sebagai contoh ibu pejabat polis atau kem tentera. Seterusnya menahan semua orang-orang berkuasa dalam pentadibiran kerajaan termasuk ketua negara seperti yang dinayatakan oleh O’Kane(1987)
“The techniques emplyed would usually include similar features: the capturing of the telecommunication centre and other key points (such as police headquaters, military headquaters and the presidential palace) and the arrest of the most powerful state personnel, including of course the head of state himself”(pg22)
Kenapa di sebuah negara yang bersistem demokrasi di mana rakyat berpeluang memilih pemimpin mereka juga akan mengalami rampasan kuasa? Ini adalah disebabka bahawa, Demokrasi tidak semestinya betul, inilah masanya sistem Demokrasi tumbang, di mana orang yang mempunyai wang dan berkuasa dapat membeli undi. Selain daripada itu, pemimpin atau keajaan yang dipilih mungkin telah dimanipulasikan oleh kumpulan tekanan atau dikenali sebagai pressure group yang kuat seperti kesatuan kerja, persatuan pertanian, persatuan perniagaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan memberi sokongan undi serta menyokong pilihan raya dari segi kewangan jika pemimpin tersebut memihak kepada mereka. Pihak yang ingin menjadi pemimpin negara akan menerima tawaran tersebut, dan ini telah menyebabkan pemimpin dimanipulasikan oleh kumpulan tekanan. Seperti yang dinayatakan oleh Ferguson “A coup offers much more certainty than a general election, especially in an unsophisticated country or one where election malpractice is widespread.”
2.0 Sejarah Ringkasan Rampasan Kuasa di Thailand
Sejarah Thailand moden boleh dimulakan pada tahun 1932. Pada tahun 1932, tentera Thailand telah berjaya merampas kuasa daripada raja Thailand pada masa itu iaitu raja Prajadhipok. Rampasan kuasa ini telah menukar sistem pemerintahan Thailand daripada sistem monarki yang berkuasa mutlak kepada sistem raja berperlembagaan. Semenjak daripada itu, Thailand sentiasa mengahadapi rampasan kuasa pemerintahan. Sebahagian besar daripada rampasan kuasa ini melibatkan pihak tentera, dan dalam setiap rampasan kuasa pemerintahan baru akan meminda perlembagaan Thailand. Kejadian rampasan kuasa melibatkan pihak yang banyak. Pada tahun 1932 hingga tahun 1957, kebanyakan rampasan kuasa adalah berlaku antara pihak tentera dengan keluarga diraja, atau antara pihak tentera dengan pihak tentera yang lain. Pada tahun 1973 hingga tahun 1976, berikutan dengan peningkatan taraf pendidikan dan kesedaran politik kelas menengah dan mahasiswa universiti. Kebanyakan demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan adalah diatur daripada kelas berpendidikan dan profesional. Pada tahun 1976, Thailand telah kembali kepada pemerintahan tentera, selepas tentera mengguna keganasan dalam menentang aktiviti mahasiswa. Pada tahun 1981 hingga 2005, politik Thailand adalah dikelilingi dengan rampasan kuasa. Walaubagaimanapun, kebanyakan rampasan kuasa di Thailand melibatkan keganasan yang terhad. Di sini saya akan mengkaji sebab, kenapakah rampasan kuasa di Thailand tidak melibatkan sebarang keganasan yang mendadak?
2.1 Ketidakupayaan Pemerintahan Bureukrasi Berubah Polici Ikut Masa.
Sejak tahun 1932 hingga kini adalah tidak boleh dinafikan bahawa, Thailand telah berkembang pesat dalam aspek ekonomi dan sosial. Walaubagaimanapun, Thailand masih mengalami kejadian rampasan kuasa. Pada pendapat saya, sebab terjadi kejadian rampasan kuasa adalah disebabkan oleh pemusatan kuasa kerajaan yang melampau. Jika mengkaji sejarah rampasan kuasa yang terjadi di Thailand secara teliti, kita akan mendapati bahawa setiap kali rampasan kuasa yang berjaya akan diikuti dengan pemindaan perlembagaan negara Thai oleh pihak yang berkuasa. Kejadian seperti ini juga berlaku semasa 2006, selepas bekas perdana menteri Thailand Thaksin ditumbang daripada pemerintahan. Antara yang dipinda dalam perlembagaan telah menyebabkan pemusatan kuasa kepada mereka yang berkuasa. Pemusatan kuasa ini, telah menyebabkan pelbagai polisi negara tidak boleh berubah mengikut masa. Ini telah menyebabkan suatu masalah yang besar kepada perkembangan sosial dan ekonomi negara Thailand seperti yang Zimmerman
“It is a major concentration of this paper that the bureaucratic polity collapsed precisely because it could not cope with the rise in new economic and social pressure that is earlier development ‘successes’ created”
Politik telah memainkan peranan yang penting dalam menentukan perkembangan sosial dan ekonomi negara Thailand. Apabila kerajaan tidak boleh membuat perubahan polisi negara yang sesuai untuk perkembangan ekonomi dan sosial negara, ini akan menjejaskan kehidupan rakyat. Rakyat pada masa itu, akan marah kepada kerajaan. Jika rampasan kuasa terjadi, rakyat Thailand akan menyokongnya. Dalam kes 2006, semasa bekas perdana menteri Thailand Thaksin ditumbang oleh General Sonthi, Thaksin telah dituduh terlibat dalam sikap kronisme, rasuah dan mengurangkan kuasa parlimen dan kehakiman di mana peristiwa-peristiwa telah menyebabkan rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan kerajaan Thaksin. Seperti yang dilaporkan oleh Beech
“The spokesman blamed the military's extreme measures on what he termed corrupt practices by Thaksin, alleging that the Prime Minister had hampered the workings of both parliament and the courts…. [ Thaksin’s popularity] began to wane early this year after the tax-free sale of his family's telecom firm, Shin Corp, for $1.9 billion, a transaction that was regarded by some as an abuse of power. He has also been criticized for filling many government positions with his supporters. The military, too, has been stacked with Thaksin appointees, including his family members, according to top defense analyst Panitan Wattanayagorn.”
Sokongan rakyat Thaksin di Thailand pada masa itu adalah semakin menurun, oleh itu semasa rampasan tentera berlaku, tiada rakyat yang menentangnya, sebaliknya rakyat menyokong rampasan kuasa tentera pada masa tersebut.
Ini adalah sebab utama kenapa kejadian keganasan jarang berlaku semasa rampasan kuasa di Thailand. Apabila, seseorang pemerintah, sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyatnya, maka apabila terjadinya rampasan kuasa, rakyat tidak akan menentang kepada rampasan kuasa.
2.2 Perestuan daripada Raja Berperlembagaan
Dalam masyarakat negara Thailand, raja telah memainkan suatu aspek yang penting dalam kehidupan rakyat jelata. Bagi rakyat, raja merupakan insan yang berwibawa, di mana ia boleh dijadikan sebagai tumpuan kesetiaan. Bagi rakyat negara Thailand, kehidupan mereka, adalah sentiasa dalam keadaan ketidakstabilan, di mana banyak peristiwa negatif sosial sedang berlaku. Bagi mereka rampasan kuasa, adalah satu rancangan untuk menumbangkan sesuatu pemerintahan yang sebelumnya. Raja bagi rakyat jelata Thailand adalah bebas daripada sebarang pendirian politik, tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Segala tindakan raja adalah bersikap adil dan saksama dan untuk kebaikan negara dan bangsa Thailand. Raja Thailand mempunyai pengaruh yang besar terhadap sesetangah kumpulan atau individu, di mana beliau akan mengguna pengaruhnya untuk kebaikan rakyatnya. Seperti yang dinyatakan oleh Zimmerman(1978)
“The King had potential behind the scenes to be an active political force when necessary. His most significant role could have been as mediator or bridge between contending groups of individuals who tended to seek his support as direct contacts with each another proved fruitless and too tense. In addition, the King could have used his influence with certain groups or individuals to encourage legislation he believed was necessary, as in support of rural development programmes or better land tenure terms for minority groups.” (pg 42)
Oleh itu, semasa rampasan kuasa, seperti yang disebut dalam bahagian pengenalan, pihak rampasan kuasa mesti akan menguasai ketua negara. Ini kerana, ketua negara merupakan lambang sesuatu negara yang berdaulat. Dalam kes Thailand, pihak rampasan kuasa akan menahan tempat kediaman ketua negara iaitu raja Thailand. Selepas itu, mereka mesti kena mendapat perestuan daripada raja Thailand dalam tindakan rampasan kuasa. Ini adalah penting, jika pihak rampasan kuasa tidak mempunyai perestuan daripada raja Thailand, maka perampasan ini adalah bertentangan dengan niat ketua negara dan dianggap sebagai tindakan yang tiada pendirian moral dan tidak sah sama sekali. Jika raja Thailand tidak merestu perampasan kuasa pada tahun 2006 daripada General Sonthi. negara-negara dunia akan masuk campur tangan dan mengkritik pihak rampasan sebagai tidak sah dan tidak demokratik. Pihak tertentu tempatan Thailand juga akan menyokong raja Thailand untuk menghentikan rampasan kuasa tentera, dan ini semua akan terjadinya keganasan antara pihak rampasan kuasa dengan pihak anti-rampasan kuasa.
Raja Thailand telah memainkan peranan yang penting dalam menghentikan crisis politik Thailand dan berkebolehan menghenti keganasan. Seperti pada tahun 1973, demonstrasi mahasiswa telah memyebabkan penentangan daripada pihak tentera dengan menggunakan keganasan, kejadian ini telah menyebabkan beberapa mahasiswa terkorban. Pada masa tersebut, Raja Bhumibol membuka pintu Istana Chitralada kepada mahasiswa yang sedang diserang oleh pihak tentera. Pada keesokan hari, beliau telah mengkritik pihak tentera ketidak mampuan untuk mengendali situasi tersebut dan juga mengkritik pihak mahasiswa juga. Tindakan beliau telah menghentikan sesuatu tragedi, dan memberi peluang alternatif kepada ahli-ahli politik untuk menyertai pihak yang lebih kepada rakyat. Seperti yang dinyatakn oleh Fry(1992). “His action has stopped the bloodshed and led waves of politicians and high-ranking officials to defect to the side of the people.” (pg3)
Oleh itu, ia boleh jelas dilihat. Dalam masyarakat Thailand, raja dan rakyatnya menjalin hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Raja boleh dikatakan sebagai pelindung kepada rakyatnya. Jika terjadi satu rampasan kuasa, pihak perampas kuasa mesti mendapat perestuan daripada raja. Seperti pada tahun 2006, tentera perampasan telah memakai kain kuning yang melambangkan warna kerabat diraja untuk mendapat sokongan rakyat. Denagn sokongan raja, penentangan rakyat boleh dielakan.
2.3 Demokrasi Dalam Thailand
Sebenarnya pada pendapat saya, negara Thailand sehingga sekarang masih tidak boleh sesuai sendirinya dengan sistem Demokrasi yang diperkenalkan oleh negara-negara barat. Pada akhirnya, negara Thailand membuat Demokrasi dengan cara sendiri iaitu dengan rampasan kuasa. Negara Thailand mempunyai ciri-ciri tertentu yang bersesuaian dengan persekitarannya seperti ia mesti adalah bertujuan untuk memelihara kestabilan politik negara, mempromosi pembanguan negara, menggalakkan ekonomi terbuka, memelihara sistem raja berperlembagaan, menentang fahaman komunis, memelihara kedautalan negara, dan melindungi rakyat jelata. Seperti yang dinyatakan oleh Neher & Clark(1995)
“Thai-style democracy has featured elements that are viewed as compatible with the Thai environment: It must sustain stability, foster national development, promote an open economy, uphold the monarchy, oppose communism, protect the borders, and not oppress the people.”
Dengan konsep tersebut dalam minda rakyat Thailand, bagi mereka rampasan kuasa hanya sesuatu process Demokrasi untuk mengubah pemerintahan negara. Pilihan raya merupakan saraf tunjang dalam sesebuah negara mengamalkan sistem demokrasi. Dalam negara Thailand, sistem demokrasi mereka adalah tidak tentu dan boleh dimanipulasikan oleh pemerintah untuk mendapat kuasa pemerintahan secara sah dari segi undang-undang. Sistem demokrasi di Thailand boleh dikatakan masih tidak sempurna, pilihanraya Thailand masih tidak telus, dan aktiviti-aktiviti seperti membeli undi masih berleluasa untuk menarik undi. Ini telah menyebabkan suara rakyat jelata Thailand tidak boleh didengar oleh pihak berkuasa. Satu cara untuk membuat perubahan dan menyuarakan suara rakyat jelata adalah dengan rampasan kuasa. Seperti yang dinyatan oleh Neher & Clark(1995).
“Voting in Thailand has long been pervaded by vote-buying, by which candidates for parliament distribute money in return for votes. The September 1992 election featured 2,417 contenders from sixteen parties who contested 360 parliamentary seats. The wealthier parties, mostly promilitary, paid potential candidates to join and then provided candidates with funds to disseminate to voters. When candidates offered a household 100 baht ($4) per voter, a family could receive the equivalent of a week's wage.”
Oleh itu, bagi rakyat jelata Thailand pilihanraya sebenarnya adalah tidak telus dan tidak melambangkan suara benar rakyat, manalaka rampasan kuasa merupakan suatu perubahan pemerintahan dalam process demokrasi di negara Thailand. Tambahan pula, setiap kali perampasan kuasa, pemerintahan baru akan membawa kepada perubahan baru kepada negara yang akan membawa kepada perkembagan negara. Selain itu, perampasan kuasa tidak akan mengancam keselamatan dan kestabilan rakyat adalah diberi jaminan jika rakyat tidak menentang pihak rampasan kuasa. Oleh itu, bagi rakyat rampasan kuasa hanya sebahagian daripada process demokrasi di Thailand. Pemikiran ini telah menyebabkan kebanyakan perampasan kuasa di Thailand tidak melibatkan keganasan.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, seperti yang dinyatakan di atas kenapa rampasan kuasa di Thailand tidak melibatkan keganasan adalah disebabkan pertama, ketidakupayaan pemerintahan bureukrasi berubah polici ikut masa, di mana ini akan menghalang perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat. Kedua, perestuan daripada raja berperlembagaan, di mana rampasan kuasa yang direstui oleh raja akan mengahalang penentangan daripada rakyat jelata. Ini terjadi kerana, dalam masyarakat Thailand, raja dan rakyat mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Ketiga, Demokrasi dalam Thailand, ini merupakan cara macam mana rakyat jelata melihat, pengamalan demokrasi di Thailand. Pada masa sekarang, pengamalan demokrasi adalah tidak sempurna. Ini telah menyebabkan kesaksamaan dalam keputusan pilihanraya, di amana pilihan raya tidak boleh melambang suara rakyat. rampasan kuasa yang berlaku dalam perspektif rakyat Thailand adalah satu proses demokrasi untuk perubahan. Oleh itu, ketiga-tiga faktor ini adalah faktor utama kenapa kebanyakan perampasan kuasa atau coup d’etate di Thailand adalah tidak melibatkan pengkorbanan nyawa rakyat atau keganasan yang berleluasa.
Bibliografi
Ferguson. S. (1987). Coup d’etat: A Practical Manual. Great Britain: Arms and Amour Press.
Fry. G. W. (1992). Saturday “Surprise,” the February 23, 1991 Coup in Thailand: The Role of the Military in Politics. Washington: The Pew Charitable Trusts.
Neher & Clark. (1995). Democratization in Thailand. Asian Affairs: An American Review
O’Kane R.H.T. (1987). The Likeihood of Coups. England: Avebury.
TIMES web site. (September, 2006). Beech. H. A Festive Coup in Thailand. Dikutip pada 26th March 2008, daripada http://www.time.com/time/world/article/0,8599,1536944-2,00.html
Zimmerman. R.F (1978). Reflections on the Collapse of Democracy in Thailand. Singapore: The Institute of Southeast Asia Studies.

No comments:
Post a Comment